Buat pertama kali kita mendengar suara mak dan segala bunyi-bunyian , kita mendengar baik atau buruk yang diucapkan oleh mak .
Masa ini jugalah kita mula belajar dari guru utama kita iaitu mak , perut mak pula makin membesar , mak pula rasa tidak selesa , pening dan sakit kepala .
Selain daripada perut makin membesar , selera makan mak pun berubah , kalau selama ini tak suka durian , masa mengandung mak dengan selambanya boleh makan sebakul durian !
Setiap ucapan dan doa permintaan kedua ibu bapa pada Allah dapat kita dengar dengan jelas . Kita mendengar dan belajar daripada mereka melalui doa , permintaan , dan harapan yang besar agar kita selamat dan sihat dalam kandungan ibu . Itulah harapan dan doa semua ibu bapa . Mak terus menghadapi dugaan masa mengandung iaitu perut yang makin membesar yang mengakibatkan kulit perut mula pecah - pecah kerana ketegangan . Masalah ini dikenali juga sebagai strech marks .
Setelah genap sembilan bulan yang penuh dugaan , kepayahan dan kesakitan yang ditanggung oleh mak semasa mengandungkan kita , maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu selama ini iaitu saat kelahiran kita yang penuh debaran . Mak meletakkan nyawanya sebagai harga kelahiran kita di muka bumi dengan penuh kesakitan . Demi Allah ! besarnya jasa dan pengorbanan mak masa melahirkan kita .
Setelah selamat dilahirkan , walau masih dalam keadaan sakit dan lemah , mak pasti akan tersenyum puas dan gembira kesyukuran bila melihat dan mendengar tangisan pertama kita .
SALAMUN ZAKRUN - Selamat sejahtera anak lelaki
SALAMUN AN-NISAA - Selamat sejahtera anak perempuan
Kemudian setelah dibersihkan dan dibalut dgn kain yang bersih , kalimah suci azan akan diucapkan dengan lembut ke telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kiri (bayi lelaki dan perempuan) dengan tujuan sebagai kalimah suci pertama yang didengar , melalui azan , kita belajar lagi mengenai pengakuan kita akan kerasulan Nabi Muhammad SAW , mengenai kefarduan mendirikan solat , menuju kejayaan di dunia dan akhirat dan paling penting mengenai kebesaran Allah .
Amalan sunat seterusnya dalam keseronokan menyambut kelahiran kita adalah melakukan 'tahnik' , iaitu membelah mulut dengan buah kurma (atau sebarang manisan seperti madu) yang dilakukan oleh orang yang alim dan bertaqwa seperti imam , ulama dan sebagainya Sedikit kurma akan dikunyah dan kemudian diletakkan pada lidah kita . Terdapat banyak tujuan tahnik ini dilakukan . Antaranya adalah untuk mendapat kebaikan atau barakah dari tuan imam atau ulama yang melakukannya . Ia juga bertujuan untuk memudahkan kita menghisap susu ibu dan kelak sentiasa berkata benar dan manis .
Kemudian kita akan dinamakan dengan nama yang baik , elok dan mempunyai maksud yang baik , elok dan mempunyai maksud yang baik kerana dengan nama itulah nanti kita akan dipanggil masa perbicaraan di padang Mahsyar .
Dalam masa seminggu dari hari kelahiran dan masa yang sebaik-baiknya , mak dan bapa akan membuat aqiqah untuk kita sebagai tanda kesyukuran . Kenduri kesyukuran dan doa selamat kerana mak selamat melahirkan kita .
Satu lagi amalan sunat yang dibuat pada anak lelaki dan perempuan adalah berkhatan . Tujuannya adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin manusia selain untuk menguatkan minda , menguatkan tubuh dan mencantikkan paras rupa dan wajah .
Kita diajar mengenai kebersihan diri sebelum mendirikan solat dan sebagainya oleh mak dan bapa yang diambil dari Nabi Muhammad SAW . Kebersihan adalah sangat dituntut oleh agama kerana sesungguhnya Allah itu bersih dan suka pada kebersihan .
Masa kita kecil dan dalam jagaan kedua ibu bapa , mereka adalah segala-galanya pada kita , merekalah pelindung , penghibur dan penyelamat , tanpa mereka , tak mungkin kita boleh hidup (dengan izin Allah) dan masa menyusu adalah saat paling indah dan perhubungan paling rapat antara kita dan mak .
Masa inilah mak akan bercakap dengan kita , membelai , senyum , mendodoi , berselawat , memberi keselesaan , berdoa , memberi nasihat dan kata-kata yang penuh semangat dan harapan kepada kita . Masa nilah kita banyak belajar dari kata-kata mak yang penuh hikmah .
Melalui mak (dan bapa) kita belajar banyak perkara asas seperti bercakap , mengira , membaca , menyanyi walaupun mak tidak berpendidikan tinggi . Mak mengajar dan mendidik kita dengan bersungguh dan semangat tanpa putus harapan agar kita tahu , pandai dan menjadi seorang insan yang bijak , berpendidikan , berjasa , beriman dan jadi anak yang soleh !
*to be continued ......... lagi ........ xD*

Tiada ulasan:
Catat Ulasan