Isnin, 24 Julai 2017

LET ME TELL ABOUT...... SUCIERS!!!

Assalamualaikum and hello uols *waving*

Okay pls jangan buat rusuhan kat sini sebab ai dah lama tak update blog so bila muncul tu dah serupa cam biskut chipsmore hahaha kejap ada kejap takda huhuhu sorry la gais *tepuk bahu*

So, sempena kemunculan yg agak rare ini ai will cerita pasal zaman sekolah dulu kot. Hehe tetiba rasa cam #moodthrowback pulak kan.

I have done with my Bumians pd previous post yg lepas lepas lepas //hahahaha// andddd now I will tell u bout my Suciers. Hehe tepuk kit *applause*

Okay. So lepas je PMR habis, we as a student mesti rasa cam haaaa leganya dh habis paper kan. But then we realized that kami akan menuju ke zaman SPM, which is kau ada masa 2 tahun je utk catch up all the silibus whatsoeva. And I'll be like, WHAT??!? *cries in Korean*

HAHAHA DRAMA SANGATTT UOLS xD ini sume pengaruh senior and cikgu-cikgu yg ckp 'zaman form 4 and form 5 adalah zaman yg paling struggle skali dlm hidup'. Okay leklu semua. Ini merupakan propa semata-mata. Zaman nilah kau kena enjoy ur life sbb bila dah habis sekolah kau akan rindu all of that things *sebak*

Ok back into the track. So time form4 and form5 ai duk kt kelas Suci. Omaigad very the suci dalam debu one lol jk xD
So memula masuk tu biasalah kan.....kau akan jd super kekok sbb half of the class kau tak kenal secara lebih mendalam lagi //ecewah ayat// and as usual, tradisi berpuak mmg terjadi. Hah ha. Well masa tu fikiran tak matang lg soooo lelama boleh la satu kepala kan

So, basically kelas Suci mmg kelas Science. Alah yg amik Kimia Fizik Biologi LK tulah. But yg Biologi tu separuh kelas je ambik yg selebihnya tu amik LK a.k.a Lukisan Kejuruteraan. Kelas kami ada dlm 38 ke 40 (hahahaha mahapkan saya dah lupa) tapi mmg ramai ah kelas kami ni. Maybe sbb Batch 97 ni ramai kot hehehe.

Jadi, kehidupan harian kami adalah belajar dan bermain. Yes, bermain adalah benda favourite kami hahahaha. We often being stressful sbb subjek sains ni kira boleh tahan la susahnya (especially Fizik sbb ai mmg tak suka formula whatsoeva tu)

Dalam reramai dakdak dlm kelas, mmg 1001 perangai & kerenah yg kita jumpa. Well, dah lelama so kita dh blend dh dgn perangai memasing. Kalau buat hal, kita lepuk je kepala depa. Hahahahha xD

I will not tell stories bout these kepala-gila-makhluk-suciers ni sbb terlalu byk weh kenangan dgn dorg isk isk T_T maunya terbit satu buku khas utk Suciers ni kalau nak tulis hahaha

Satu je nak cakap, terima kasih atas segala kenangan yg terbina sesama kita. Kenangan kita belajar dalam kelas, dalam lab, makan berjemaah kat kantin, stayback reramai time petang, copy homework berjemaah, kena bebel berjemaah, memekak berjemaah dan segala apa yg kita buat secara berjemaah hahahaha //too much berjemaah nak tulis//

And now, aku dan korang dah ada haluan dan jalan sendiri. Capai segala apa yg kau impikan dari dulu. Strive for the success! Tolong jangan lupa antara sesama kita kalau terlanggar bahu ke apa kan. Kalau korg jumpa aku tolong jerit ke tendang aku sbb aku still rabun walaupun dah pakai spek hahahahah xD #sisbukansombongokay

Akhir kata, semoga ukhuwah kita kekal sampai ke syurga ❤

Lots of love,
Sarina Selamat

P/S : Maaf kalau bosan baca entri ni sebab type kat phone ajerrrr ai punya laptop dah gelap isk isk *cries in Korean again*

Ahad, 16 Oktober 2016

DING DONG DENG

Assalamualaikum.

Mak aii lamanya tak post HAHAHAHA //what am I doing// so hello everyone im back kahkahkah lawak betul la kekok gila taktau nak tulis apa duh.

Tetiba terbukak balik blog ni and I was thinking umm I should geledah balik post lama sebab yknow...... bahasa aku rempit gila weh ngeri aku baca HAHAHAHA //facepalm//

I dont know what to do with this blog. Nak padam, sayang pulak. Lama kot blog ni. Dia macam ada sense of memory yang kuat. Iyolah dulu kan blogger ni kan hot macam pisang goreng panas. Now, ppl lebih suka guna medium mcm facebook, twitter, instagram, snapchat and whatsoeva mmg berlambak gila tu.

I know kalau aku dah start menulis, mcm mcm ayat merapu akan keluar HAHAHA pardon me aku mmg suka guna bahasa rojak but I tried to use bahasa yang korang boleh faham. Kalau yg tak faham jugak tu hmm entahlahnakoiiii hahahhahaha.

See? Mula dah merapu dia hahahahah. Dah nak masuk 20 tahun dah Sarina oiiii tu pun still merapu lagi. Haih bila la nak bicara cam dakdak matang ni kahkahkah puii.

So, now ai dah amik diploma. Business pulak tu. Lain gila dgn masa sekolah menengah. Science stream. Haahhahaha sbbnya mohon bidang sains alamatnya semua takdapat so tukar la bidang ye dak. Alhamdulillah ai boleh bawak bidang ni //say hell no to account susah gila nak mampos// so lepas je habis diploma ai nak cari kerjaaaaa weh sekarang ekonomi tengah teruk hm #SelamatkanMalaysia.

Nak cerita masa memula masuk IPB ni, hm baru aku tahu makna culture shock tu gapodio. Teruk wei teruk tapi culture shock ni la mengajar aku menjadi insan yang yg lebih sempurna //ecewah// HAHAHAHAH takpe la nanti ada masa aku cite macam mana aku boleh jumpa IPB ni ada pengalaman first day kat sini hehehe.

Oh ya, now aku tengah paper final ni lagi seminggu habis la paper yeayy leh balik rumah //senanya homesick// //acah homesick// pray for me and other UiTM's friends okay :D

Okay la. Tu je aku nak tulis. Taktau nak tulis apa lagi. Kekokkk yang amat. Hihi Adios!


Sarina Selamat.

Rabu, 6 Februari 2013

BUMIANS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

The Awesome 3 Bumi 2012
Haaaaa. Rindunya masa ni. Now I realize bahawa zaman menengah rendah adalah yg paling awesome gila babun unta lembu ! Yayaya. I miss alllllllllllllllllllllll the moment :')

Hm. Mesti korang pelik kan, kenapa aku masih bercerita pasal kelas Bumi walaupun kini kami telah masuk ke tingkatan 4 dan ada di antaranya sudah berada di kelas berlainan dan adapun yang sudah dan hampir pindah. Hahaahahah. Aku pun tak tahu sebenarnya kenapa .__.

Yayaya. Mungkin aku tak dapat menerima kenyataan bahawa aku telah pun berada di tingkatan 4 dan bukannya di tingkatan 3 . Ataupun, haa ini biasalah. Dah 3 tahun bersama kud, setiap tahun tengok muka sama je, mana boleh berpisah. Segala pahit, manis, masam, payau, sedih, gembira, takut, dan apa-apa jelah dikongsi bersama.

Leklu leklu. Baru bulan 2. Kena biasakan diri berada di kelas baru, suasana baru dan kawan yg boleh jugaklah dikatakan 'baru'. Hehe. Sampai skrg ni pun, kalau rehat pun masih sama mcm tahun lepas. Bak kata Fatin, '' Ni stok kelas Bumi je ke kalau rehat? '' Hahahaha. Ternyata, 'aura' kelas Bumi tu masih terasa dan berbekas dlm kalangan kami. Haahahaha. Jangan jealous pulak ye. Hihi :)

Tapi aku percaya jugak, lama-kelamaan, 'aura' tu sikit demi sedikit akan hilang juga seperti pasir di tepi pantai. Kalau tak hilang jugak 'aura' tu, haahahaha no comment :3

*************
 
'' Ya Allah , hamba mohon padaMu , supaya kekalkan persahabatan kami seperti satu keluarga , dan janganlah Engkau putuskan persahabatan kami, kekalkan dan kuatkanlah ingatan kami supaya kami tidak lupa pd sahabat-sahabat kami . Berikanlah kejayaan kpd kami tak kira apa jua bidang yg kami akan ceburi apabila dewasa kelak . Dan bimbinglah kami kpd jln yg lurus dan berakhlak mulia serta menjadi org yg dihormati oleh keluarga , masyarakat , negara dan dunia . Sesungguhnya kami adalah hambaMu yg lemah dan perlukan bimbinganMu . Aamiin . ''
 
Ish. Sebak gila dah ni. Hahaha *kesat air mata* k dah stop.
 
K lah . Sampai di sini sahaja cerita saya pada harini. Post ini didedikasikan kpd #TeamBumi atau #Bumians . To Fatin Syaheera bt Mohd Zuki , post ni gantian kpd 'cerjang' yg kau suruh buat tu. Hehe cowieeeeee Fatin CayUnk :3
 
Kbye assalamualaikum :)
 
Lovemuch,
Rina Selamat.