![]() |
| The Awesome 3 Bumi 2012 |
Hm. Mesti korang pelik kan, kenapa aku masih bercerita pasal kelas Bumi walaupun kini kami telah masuk ke tingkatan 4 dan ada di antaranya sudah berada di kelas berlainan dan adapun yang sudah dan hampir pindah. Hahaahahah. Aku pun tak tahu sebenarnya kenapa .__.
Yayaya. Mungkin aku tak dapat menerima kenyataan bahawa aku telah pun berada di tingkatan 4 dan bukannya di tingkatan 3 . Ataupun, haa ini biasalah. Dah 3 tahun bersama kud, setiap tahun tengok muka sama je, mana boleh berpisah. Segala pahit, manis, masam, payau, sedih, gembira, takut, dan apa-apa jelah dikongsi bersama.
Leklu leklu. Baru bulan 2. Kena biasakan diri berada di kelas baru, suasana baru dan kawan yg boleh jugaklah dikatakan 'baru'. Hehe. Sampai skrg ni pun, kalau rehat pun masih sama mcm tahun lepas. Bak kata Fatin, '' Ni stok kelas Bumi je ke kalau rehat? '' Hahahaha. Ternyata, 'aura' kelas Bumi tu masih terasa dan berbekas dlm kalangan kami. Haahahaha. Jangan jealous pulak ye. Hihi :)
Tapi aku percaya jugak, lama-kelamaan, 'aura' tu sikit demi sedikit akan hilang juga seperti pasir di tepi pantai. Kalau tak hilang jugak 'aura' tu, haahahaha no comment :3
*************
'' Ya Allah , hamba mohon padaMu , supaya kekalkan persahabatan kami seperti satu keluarga , dan janganlah Engkau putuskan persahabatan kami, kekalkan dan kuatkanlah ingatan kami supaya kami tidak lupa pd sahabat-sahabat kami . Berikanlah kejayaan kpd kami tak kira apa jua bidang yg kami akan ceburi apabila dewasa kelak . Dan bimbinglah kami kpd jln yg lurus dan berakhlak mulia serta menjadi org yg dihormati oleh keluarga , masyarakat , negara dan dunia . Sesungguhnya kami adalah hambaMu yg lemah dan perlukan bimbinganMu . Aamiin . ''
Ish. Sebak gila dah ni. Hahaha *kesat air mata* k dah stop.
K lah . Sampai di sini sahaja cerita saya pada harini. Post ini didedikasikan kpd #TeamBumi atau #Bumians . To Fatin Syaheera bt Mohd Zuki , post ni gantian kpd 'cerjang' yg kau suruh buat tu. Hehe cowieeeeee Fatin CayUnk :3
Kbye assalamualaikum :)
Lovemuch,
Rina Selamat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan