Rabu, 24 Oktober 2012

MAK DAN GURU (1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Adanya kita di dunia ini adalah kerana ibu bapa kita . Mereka adalah penyebab lahirnya kita di dunia ini dengan izin dan ketentuan daripada Allah melalui ikatan perkahwinan yang sah .

Banyak sebab dan tujuan perkahwinan . Antaranya adalah untuk mendapatkan zuriat keturunan yg soleh dan solehah . Apabila berlakunya percampuran air mani lelaki dan perempuan maka bermulalah proses kejadian kita yang telah diatur oleh Allah Maha Pencipta dalam rahim ibu kita selama 15 minggu atau sembilan bulan sepuluh hari .

'' Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari (setitis) air mani yang bercampur (benih lelaki dan perempuan) untuk Kami mengujinya '' Al - Insan : 2
 
Dari percampuran air mani selama dua minggu maka terbentuklah seketul darah yang sangat merah dan darah beku (janin) yang melekat pada dinding rahim ibu selama hampir tiga minggu .
 
Apabila masuk sahaja pada minggu keempat dan tepat pada hari yang ke 22 kejadian , jantung telah terbentuk dan mula bergerak . Pada masa ini janin telah masuk ke peringkat ' MUDHGHAH ' iaitu seketul daging tanpa apa - apa bentuk .
 
Ukurannya sebesar biji gandum atau sebiji kacang . Pada peringkat ini , sifat kejadian kita seperti kepala , dada , perut dan organ dalaman tubuh telah mula kelihatan hingga sebelum tamat minggu keenam . Selepas itu akan bermula peringkat yang baru
 
Pada peringkat permulaan kehamilan , ibu kita telah mula muntah atau meloya yg disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah ibu . Hormon ini dikeluarkan oleh janin yg dikandung . Peningkatan hormon menyebabkan rasa meloya yg teruk hingga menyebabkan muntah - muntah terutama pada waktu pagi . Kesian mak kita :'(
 
Bila masuk sahaja minggu ketujuh , maka bermula lah proses yg baru iaitu proses pembentukan tulang dan urat saraf . Pembentukan tulang ini ini membuatkan tubuh janin jadi kuat . Dengan terbentuknya tulang dan urat saraf maka berakhirnya peringkat kejadian bentuk kita (manusia) dengan bentuk yg sangat kecil . Apabila berakhirnya minggu kelapan maka berakhirlah peringkat ' janin ' . Ia masuk ke peringkat yang baru yg dipanggil peringkat ' HAMIL ' atau ' AN-NASH-AH ' dalam al-Quran .
 
Ikatan kasih sayang antara ibu dan bapa bertambah erat masa mak mengandungkan walaupun mak berperangai pelik , tapi bapa tetap sabar melayan kerenah mak !
 
Mereka tak sabar menanti kelahiran kita sebagai cahaya mata penyeri hidup yang ditunggu-tunggu , setiap masa mereka berdoa untuk keselamatan kita dalam kandungan . Kehidupan kita adalah sebagai pengikat dan pengerat kasih sayang sbg penghibur dan kebahagiaan ibu dan bapa .
 
Janin membesar agak perlahan pd minggu kesembilan hingga ke minggu ke 12 . Kemudian ia membesar dgn cepat hingga ke akhirnya , pd peringkat ini iaitu pada hari ke 40 , Allah mengutuskan malaikat utk menulis empat kalimah iaitu amalannya , ajalnya , rezekinya dan untung baik / jahatnya . Kemudian ditiupkan roh padanya . Bila sahaja ditiupkan roh maka ia mula bergerak dan menjadi kejadian makhluk yg mempunyai penglihatan , perasaan , gerakan dan pendengaran .
 
*to be continued*

Tiada ulasan: